See me in other links




Like-like

Tuesday, July 12, 2016

Dah 25 belum kahwin lagi?

Lagi sebulan umur aku menginjak lagi 1 angka.

25 tahun, kalau ikutkan dah bersamaan dengan suku abad.

Masa ni banyak jugak mulut-mulut bertanya soalan cepumas tu. Bila nak kahwin?

Sebagai seorang yang bersifat optimis, aku selalu gelak-gelak dan buat lawak je. Play it cool. Tapi kadang-kadang bila tengah malam terfikir jugak. People say, night is when silly questions keep you awake. Not that this is a silly question. Tapi, terkesan jugak.

Satu masa dulu, lepas putus 3 tahun, aku pernah terasa kenapa benda tu jadi kat aku? Aku rasa aku dah bersedia dah nak jadi isteri. Masa tu, aku tak rasional. Bila aku dah ada masa untuk diri sendiri, baru aku sedar, aku belum lagi bersedia sebenarnya. Duit pun masih dalam proses menabung, emosi pun masih tak stabil, aku masih sentap-sentap, buli adik aku, sensitif lagi, aku belum kerja lagi, rumah belum beli, kereta takde lagi, lesen pun takde lagi. 

Bukan material dan emosi je aku tak bersedia, dari segi sikap pun belum lagi. Banyak kalau nak cerita, takkan habis. Biarlah jadi rahsia aku. 

Lepas dah semak semula benda-benda tu, aku buat keputusan untuk bersendirian. Walaupun lepas tu, aku ada juga hubungan tapi setahun je aku putuskan sebab aku tak nak lama-lama. Prinsip aku sekarang, kalau nak terus ke peringkat yang serius, tak nak dah bercinta lama-lama. Lagipun, aku nak seorang dulu, sayang diri aku dulu, baru boleh sayang orang lain, dan orang lain tu suami aku terus. 

Perempuan zaman sekarang bukan macam dulu. Dulu kita muda-muda dah kena pikul tanggungjawab jaga rumah, jaga adik, dikahwinkan lagi, nak tak nak kena matang awal. Sekarang kita pun sama manjanya dengan remaja sekolah. Dah 20 tahun pun masih manja, macam mana nak matang awal. Jodoh belum sampai tu adalah sebabnya. Ambil masa dan renungkan, Mana yang tak okey betulkan kasi okey, mana yang kurang tambah bagi cukup rasa, mana yang tak elok tu buang. 




Dan jangan lupa doa tu, Allah Maha Pemurah, rugi kalau kita tak mintak. Sedangkan dulu exam pun doa, takkan nak mintak suami pun tak nak doa sungguh-sungguh. Mintak spesifik tau. Aku ada senarai spesifik untuk calon suami, bukanlah aku memilih, cuma aku pun ada 'preference' tertentu. Dan suatu masa dulu hampir termabkbul sebelum aku perasan, benda yang aku nak dulu, lama-lama dah berkurangan pada orang tu, dan Allah jauhkan aku dengannya. Tak salah minta spesifik ni, yang nak hidup dengan die kita, mesti nak yang kita berkenan kan.

Jadi, untuk para gadis yang kerisauan di luar sana, sabar. Masa yang sesuai akan datang. Jodoh ni ada orang kata datang macam ribut, ada kata datang macam angin. Ada yang terkejut datangnya tiba-tiba, ada yang depan mata tapi kabur tak nampak itu adalah jodohnya sampai satu masa Allah takdirkan, Ada yang jodohnya bertemu dengan orang yang pernah dia sayang, ada yang jodohnya dengan orang yang kenal pun tidak, Macam-macam, Jodoh tu kan misteri, buat apa kita nak rungkai misteri tu sebelum masanya? Hilanglah keistimewaannya.

Sabar...jodoh tu...




Raya 2016!

Assalamualaikum w.b.t,

Tahun ni raya sederhana, sebab baju raya pertama pun tak tukar. Hiks, dannnn..buat pertama kalinya dalam 4 tahun aku beraya single, di waktu kawan-kawan aku ada yang dah bertunang, berhubby dan berbaby. Takpe, bila tiba masanya akan datang juga. Lagipun, aku pun dah lama tak sendiri, best jugak boleh free buat apa aku nak sementara belum kahwin ni. Masa bulan puasa hari tu, kitorang buat biskut raya, Choc Chip Cookies (ghansrozes). Wangi satu rumah bau biskut, meleleh air liur puasa punya pasal. Dapat 5 balang biskut, tapi laju jugak habisnya.



Malam raya kali ni buat Stuffed Baked Potatoes lagi.Nyum!




Malam raya kali ni pun sederhana, ada yang tak cukup. 







Keluarga Pak Lang


Raya pertama! Masih baju sama macam tahun lepas! Raya pertama beraya ke Giant la kitaa..





Raya kedua baru la keluar beraya. Sebelum tu paginya ke KLCC carik hadiah ayah. Belated sangat dah. Ampun!!











Tengah hari tu, makan dekat foodcourt KLCC. order Chicken Tandoori tu, tapi tengoklaaa


Tak bleyy lupaa subway chicken tandoori, sayur adaa, roti adaa, tisu adaa, ayammnya mana daaa?


                     


Kitorang kongsi duit belikan ayah kasut Crocodile. Cantik! Tajam hujung die, design baru untuk ayah, mula-mula ayah macam tak pasti nak ambik ke tak, kitorang pujuk. Lagipun, kalau ada student atau kitorang ke nakal, bole jab dekat tulang keting guna hujung kasut tu,.haha.




Raya keempat, akhirnya ada lemang. Dapat 8 batang je kat pasar sebab dah habis raya, tapi jadi la, Dapat jugak rasa homemade punya.




BBQ terakhir sebelum semua kembali ke tugasan masing-masing. Sorang ke UPM, sorang balik asrama sekolah, sorang praktikal, sorang lagi jadi mak cik koperasi, dan sorang lagi sambung belajar di KL ni. Tak lupa juga dua orang sepupu ke UiTM. Makan jangan tak makan, kang kempunan.





Mat Ri Ye! #teamrayakl #kampungnakhoda

Thursday, February 11, 2016